Kau pernah berasa buntu? Terasa minda seserabut rambut Afro orang kacukan Afrika-Amerika. Kau rasa dunia sepatutnya kiamat mulai saat ini, tak pun, kau saja yang tamatkan dunia kau sekarang. Terasa mahu menangis lima hari empat malam tanpa henti sehingga panda-panda di Zoo Beijing mengaku kau kaum kerabatnya. Terasa hidup ni kosong dan sepatutnya dibiarkan kosong kerana kosong bermaksud tiada perasaan, tiada kepedihan, tiada masalah. Kau terasa mahu duduk dalam dunia serba putih dipenuhi manusia tiada muka yang berjalan tanpa hala tuju dan kau mahu jarum jam berhenti, sekarang. Kau mahu darah mengalir dari luka yang kau sendiri lukiskan menggunakan pisau seni yang berkarat dan kau mahu kesakitan yang maksima, jadi kau tentunya mahu taburkan garam pada daging kau yang terdedah. Kau mahu terbang tanpa sayap palsu, bersebelahan kapal terbang MAS Boeing 747 ke United Kingdom, tanah idola kau, The Beatles. Kau mahukan cinta tanpa perlu mengharungi komplikasi perkenalan dan bualan kosong. Kau mahukan neraka, kerana kau tahu hanya bahang api neraka sahaja yang kau patut terima. Kau mahu orang melutut di hadapan kau dan tawarkan impian kau yang paling mustahil, begitu sahaja. Kau mahu diterima. Kau mahukan segala-galanya.
Yang kau tahu, kau mahu.
Kau tahu, apa yang kau perlu?
(I suck at BM. ignore)